SEMASA
Bulan Ogos merupakan bulan yang begitu penting untuk murid-murid Tahun 6 sebelum UPSR menjelma. Seperti kelazimannya, sekolah telah menjadikan bulan ini sebagai bulan istimewa untuk murid-murid Tahun Enam. Pada tahun ini, bulan Ogos diberi jolokan Lonjakan UPSR 2011. Pelancaran rasmi akan disempurnakan oleh Yang Berusaha En Lanyun Lupak, Pegawai Pelajaran Daerah pada 12 Ogos 2011. Pada bulan ini juga, beberapa siri ujian pra akan diadakan, iaitu, seminggu sekali. Kertas-kertas soalan yang disediakan pada bulan ini adalah kertas-kertas ujian pra dan percubaan UPSR yang telah dikongsikan oleh rakan-rakan guru seluruh Malaysia yang boleh didapati secara percuma di internet melalui pelbagai laman web. Adalah menjadi harapan pihak sekolah untuk melihat peningkatan pencapaian baik dari segi kualiti mahupun kuantiti pada tahun ini.
Pengisian SAPS NKRA masih berterusan sehingga setakat ini. Masalah-masalah teknikal yang timbul menjadi lebih parah kerana gangguan bekalan elektrik seperti pada 9 Ogos ( tanpa elektrik dari pagi hingga 6.00 petang ). Pada masa yang sama program untuk LINUS turut dijalankan. Kepada semua guru SK Kapit, tabahkan hati guru-guru dengan semua tugas ini.
Siri Ujian Pra UPSR 2011 telah bermula. Siri ujian ini akan mengukur kesediaan murid-murid Tahun Enam untuk menghadapi UPSR pada 13 September nanti. Bersama-sama dengan itu, kelas tambahan intensif juga diadakan. Murid-murid Tahun Enam menghadiri kelas tambahan dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang dan dari 7.00 malam hingga 9.00 malam. Syabas dan tahniah kepada semua guru mata pelajaran teras Tahun Enam di atas kesungguhan cikgu-cikgu semua. Semoga usaha kita diberkati dan dirahmati.
|
ARKIB
2010
|