Bentuk Keseluruhan Bulatan berwarna merah melambangkan semangat kerjasama antara guru dengan pelajar manakala bentuk bulan sabit menggambarkan kewujudan satu sinar baru dalam dunia pendidikan di Bahagian Kapit khususnya dan di negeri Sarawak amnya dengan wujudnya sekolah ini.Keseluruhan bentuk bulatan juga menggambarkan kepekaan SK Kapit tentang konsep globalisasi masa kini. Buku dan Mata Pena Buku dan mata pena melambangkan sumber ilmu dan sekolah ini diwujudkan sebagai wadah untuk para generasi baru mencari dan mendalami ilmu pengetahuan. Nombor pada pena adalah nombor pendaftaran sekolah iaitu YBA 7110. Lima Lingkaran Cincin Berkait Cincin berkait melambangkan perhubungan dan semangat bekerjasama dalam semua bidang yang berhasrat menjadikan sekolah ini sebagai institusi masyarakat yang bersatu padu. Simbol Sains dan Teknologi Melambangkan sekolah ini menumpukan sepenuh perhatian dalam usaha menjadikan masyarakat Malaysia sebuah masyarakat yang mementingkan sains dan teknologi. Komputer Melambangkan kepentingan ICT dalam dunia pendidikan dan dalam kehidupan sehari-harian serta usaha sekolah menerapkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Warna Menunjukkan warna-warna yang terdapat dalam bendera kebangsaan dan bendera negeri. - Merah Melambangkan keberanian mengharungi cabaran untuk mengecap kejayaan dalam semua bidang dan sentiasa bermaruah dan bercita-cita tinggi. - Kuning Melambangkan perpaduan antara warga SK Kapit khasnya dan masyarakat setempat amnya.. - Biru Melambangkan kehidupan yang harmonis di kalangan pelajar-pelajar yang berbilang bangsa serta keturunan dan datangnya dari berbagai-bagai kedudukan sosio-ekonomi , bersatupadu dalam usaha menggapai kecemerlangan. - Putih Tanda kesucian rohani dan jasmani yang melahirkan keikhlasan, kejujuran dan sifat-sifat terpuji dalam segala tindakan.
Manakala warna hijau melambangkan kesegaran dan kesuburan, sebagai harapan warga sekolah untuk melahirkan generasi baru yang bakal menjadi pemimpin negara masa depan. Motto Sekolah - "INTEGRITI ILTIZAM INTELEK" INTEGRITI – bermaksud kejujuran dalam usaha menjadikan SK Kapit sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa ILTIZAM - bermaksud keazaman yang tinggi dalam usaha merealisasikan matlamat dan cabaran pendidikan INTELEK – bermaksud produk dan output yang dihasilkan oleh SK Kapit adalah golongan intelektual yang mampu menggalas cabaran era globalisasi