SEJARAH SEKOLAH
PINTU MASUK
SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kapit telah dibuka untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada 14 hb Jun 2004. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah ini adalah pelajar-pelajar yang dipindahkan dari SK Methodist, Kapit dan SK Kampong Baru, Kapit. Seramai 640 pelajar dan 33 orang guru telah menjadi warga sekolah ini pada tahun pertama sekolah beroperasi. Pada masa itu, kelas yang beroperasi adalah dari Tahun 1 hingga Tahun Lima sahaja.
.
Bermula dari tahun 2005, sekolah ini mula beroperasi penuh. Pada tahun 2006 pula, sebuah kelas Prasekolah telah dibina dan enrolmen untuk Prasekolah bermula pada tahun 2007. Pada tahun 2009, sekolah telah dilengkapi dengan sebuah Kelas Pemulihan, sebuah Pusat Akses, dan sebuah Makmal Komputer baru.
Sekolah ini dilengkapi sebuah blok pentadbiran, sebuah bilik guru, 24 buah kelas biasa, 2 buah makmal sains, sebuah bilik Kemahiran Hidup beserta stor, sebuah bilik Pendidikan Seni, sebuah Bilik Muzik, dua buah makmal komputer, sebuah Pusat Sumber, sebuah BILIK APD, sebuah bilik kaunseling, sebuah bilik rawatan, sebuah bilik Pendidikan Agama Islam, sebuah kafeteria untuk makanan bermasak, sebuah kantin, dua buah asrama, dan sebuah surau. Bangunan tamnbahan pada tahun-tahun berikutnya adalah sebuah kelas Pra Sekolah. Seterusnyanya adalah sebuah bilik naik taraf menjadi Bilik Pemulihan dan sebuah bilik naik taraf sebagai Pusat Akses. Di samping itu, sebuah gelanggang serbaguna dan sebuah pada bola sepak turut dibina.
Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah En Berendam Sana, yang masih menjawat jawatan itu sehingga sekarang. Sebelum dipindahkan ke sekolah ini, beliau bertugas di SK Nanga Ibau, Kapit. PK Pentadbiran ialah Puan Nilawati Omar, PK Hal Ehwal Murid ialah En William Lasah sementara PK Kokurikulum ialah Puan Seniah Othman. Puan Nilawati dan En William telah memegang jawatan mereka sejak pembukaan sekolah sementara Puan Seniah adalah pengganti kepada Puan Amoi Igang yang berpindah ke SK Sungai Amang, Kapit.